Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Zambry Ucap Takziah Kepada Bakal Graduan UMK, Ibu Bapa Maut Dalam Kemalangan

UMK
Kredit: Facebook Abd Mutalib

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan takziah kepada bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Husna Syakira Abd Halim susulan pemergian kedua-dua ibu bapanya dalam satu kemalangan.

Menerusi perkongsian di Facebook malam ini, Zambry berkata, kejadian yang meragut nyawa ibu bapa Husna Syakira ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen anak mereka itu merupakan satu kehilangan yang amat menyedihkan.

“Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua-dua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Zambry berharap agar Husna Syakira dan keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan berat berkenaan.

Terdahulu, sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera parah selepas kereta dinaiki keluarga itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), selepas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, hari ini.

Pasangan berkenaan dikenal pasti sebagai Abd Halim Bakar, 64, dan isterinya, Siti Sara Abd Rahman, 58.

Anak lelaki mereka, Mohamad Syazwan Hakimi, 28, pula dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

Intipati
  • Zambry Abd Kadir mengucapkan takziah kepada bakal graduan UMK, Husna Syakira Abd Halim.
  • Ibu bapa Husna maut ketika dalam perjalanan menghadiri majlis konvokesyen anak mereka.
  • Kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat turut menyebabkan anak lelaki pasangan itu cedera parah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan