Siakap Keli
Kredit Foto: Daily mail

Bomba Berjaya Padam Kebakaran Terkejut Jumpa Mayat Nenek Dikerat Dalam Peti Ais

Pasukan bomba yang bertugas dalam memadam kebakaran di sebuah rumah di Perancis terkejut apabila menjumpai anggota badan wanita yang berusia 83 tahun di dalam sebuah peti sejuk.

Cucu wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30 tahun ditahan buat sementara waktu sementara menunggu siasatan lanjut ke atas kejadian berkenaan.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada malam Rabu yang lalu untuk ke sebuah rumah di kawasan terpencil yang dipanggil Saint-Leonard-de-Noblat di jabatan Haute-Vienne Perancis.

Kredit Foto: Daily mail

Pasukan bomba tersebut berjaya memadam kebakaran namun tidak menjumpai penghuni di dalam rumah yang terbakar berkenaan.

Namun, pasukan bomba terkejut apabila menjumpai mayat yang telah dimansuhkan berusia 83 tahun di dalam sebuah peti sejuk di rumah berkenaan.

Cucunya yang turut tinggal di rumah berkenaan telah membuat keterangan yang bertentangan kepada pihak polis.

Postmortem akan dijalankan sebagai sebahagian daripada siasatan.

Sumber: Daily Mail

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.