Siakap Keli
Kredit Foto: CNN

Mengejutkan, Glacier Di New Zealand Bertukar Jadi Warna Coklat

Asap dan abu yang dikeluarkan oleh kebakaran hutan di Ausralia telah menyebabkan negara jirannya turut terkena kesannya menyebabkan glasier di New Zealand bertukar kepada warna coklat.

Gambar dan video menunjukkan bahawa jerebu kuning telah memberi kesan terhadap puncak gunung yang bersalji dan glasier di Alps Selatan.

Kredit Foto: CNN

Gambar satelit pada hari Khamis menunjukkan asap dari kebakaran di New South Wales dan Victoria bergerak sejauh 2000 km (1200 batu) menyeberangi Laut Tasman dan Pulau Utara New Zealand.

Bekas perdana menteri New Zealand, Helen Clark menyatakan bahawa kesan kebakaran di Australia telah menimbulkan kabus di New Zealand yang memberi impak di selatan Pulau Selatan kini semakin memburuk.

Kesan asap dan abu memberi kesan kepada glasier dan ianya mungkin akan mempercepat proses perleburannya.

Sumber: Twitter, CNN

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.