Siakap Keli

Pentagon Sahkan Trump Arah Serangan Dron Bunuh Komander Tentera Iran

Baghdad- Komander Korps Pengawal Revolusi Islam/Iran maut dalam serangan udara di Lapangan Terbang Baghdad sebentar tadi.

Mejar Jeneral Qassim Suleimani maut apabila kenderaan dinaiki bersama beberapa pegawainya diserang ketika mereka berangkat pulang dari lapangan terbang bekenaan.

Kenderaan yang mereka naiki dalam konvoi dua buah kereta yang diiringi oleh anggota tentera diserang satu dron milik Amerika Syarikat yang mengorbankan lima orang termasuk Qassim Suleimani.

Jabatan Pertahanan AS, Pentagon dalam satu kenyataan berkata serangan itu diarahkan Prseiden AS, Donald Trump dan mendakwa Jeneral Suleimani aktif menyusun atur pelan untuk menyerang diplomat Amerika serta anggota perkhidmatan mereka di Iraq.

“Serangan ini bertujuan untuk mengekang serangan Iran yang akan datang,” tulis kenyataan tersebut.

“Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah diperlukan untuk melindungi rakyat dan kepentingan kita di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia.”

Serangan ini merupakan tekanan maksimum Presiden Amerika, Donald Trump terhadap negara berkenaan selepas mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iran.

Pegawai AS menganggap Jeneral Suleimani bertanggungjawab ke atas kematian ribuan tentera Amerika yang mati ketika Perang Iraq.

Serangan berkenaan turut membunuh ketua kumpulan penaung ketenteraan Iraq pro-Iran, Abu Mahdi al-Muhandis.

Sumber: NY Times, CNA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.