Siakap Keli

Bikin Sebak, Viral Gambar Budak Masih Berbaju Sekolah Gigih Pikul Kayu Api Balik Rumah

Pelbagai telatah dan gelagat anak kecil yang dapat dilihat tersebar luas di media sosial selepas musim cuti persekolahan melabuhkan tirainya.

Susulan daripada itu, seorang pengguna Facebook yang bernama Sikat Ka Pinoy ada berkongsikan beberapa keping gambar berkenaan dengan seorang murid sekolah yang agak menyentuh hati.

Ang batang ito ay galing sa paaralan. Bali wala sa kanya ang kapaguran sa layo ng lalakbayin pauwi sa bahay nila, Ito…

Posted by Sikat Ka Pinoy on Saturday, 8 June 2019

Gambar tersebut dipercayai ditangkap di Filipina. Kanak-kanak yang masih lengkap berpakaian sekolah yang itu didakwa dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolahnya.

Secara lazimnya murid sekolah yang biasa akan terus balik ke rumah dan berehat selepas tamatnya waktu persekolahan. Namun begitu, bagi murid sekolah yang terdapat dalam gambar ini, dia didakwa akan mencari dan mengumpul kayu api terlebih dahulu bagi membawa pulang untuk kegunaan keluarganya.

Kayu-kayu yang dikumpul dan dibawanya itu dipercayai akan digunakan untuk memasak. Kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa memasak dengan menggunakan kayu api.

Gambar-gambar tersebut bukan sahaja berjaya menyentuh hati netizen, ianya malah telah menjadi tular dan sehingga kini gambar tersebut telah mendapat sebanyak 60 ribu perkongsian di Facebook.

Melalui gambar itu, banyak perkara yang boleh diambil iktibar antaranya ialah bersyukur dan usaha. Ini kerana, kadang kala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita ini sering ada rasa bahawa ianya tidak pernah mencukupi. Walhal, jika hendak dibandingkan dengan orang yang lebih susah, pasti mereka akan berasa bersyukur tak terhingga jika diberikan nikmat kemewahan dan kesenangan yang ada pada diri kita ini.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Sikat Ka Pinoy

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.