Siakap Keli
Kredit Foto: quora

Disangka Hanya Biasa, Rupanya Depresi & Hormon Tak Stabil Boleh Ganggu Emosi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai masyarakat pada hari ini yang beranggapan bahawa penyakit kemurungan atau depresi ini adalah sama seperti stres. Namun begitu, depresi dan stres adalah sesuatu yang jauh berbeza.

Hal ini kerana, penyakit depresi adalah berkaitan dengan gangguan terhadap otak sehingga menyebabkan berlakunya perubahan pada pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Sehingga kini masih ramai yang memandang enteng mengenai penyakit depresi ini.

Ikuti perkongsian daripada Dr Azima mengenai penyakit depresi atau lebih dikenali sebagai kemurungan ini.

Tahukan anda hormon berfungsi untuk membantu mengatur tidur, nafsu makan, dan mood serta overall health kita.

Menurut Harvard Medical School, beberapa orang yang menderita depresi mempunyai kadar hormon yang rendah, hormonal imbalance.

Hormon serotonin, dopamin dan norepinefrin yang bertanggungjawab dalam mengawal perasaan di otak menjadi tidak seimbang lalu menyebabkan kemurungan. Ini yang mengubah fisiologi tubuh badan.

Berdasarkan kajian beban penyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan dijangka menjadi penyakit kedua teratas menjelang 2020 selepas penyakit jantung di seluruh dunia. Ini bermakna semakin ramai masyarakat dunia yang berpotensi untuk mencederakan diri dan insan sekeliling samada secara sedar atau tidak.

Kredit Foto: facebook

Mengambil langkah positive amat penting kerana ia menentukan keadaan diri dan keluarga kita.

Bayangkan ada yang sanggup untuk tidak berjumpa dengan doktor atau pakar berkaitan untuk mencari solusi. Kesian pada sendiri sendiri serta insan tersayang disisi kita.

Gabungan 4 element utama – mind, body, soul & spiritual akan memberi kesan positive pada diri.

Kadang-kadang agak sukar untuk membantu tanpa berjumpa, mengenali serta mencari root cause kenapa dan mengapa.

Beri peluang kepada diri anda, kerana hidup di dunia hanya sebentar.

Ingatlah diri anda begitu bermakna. Sayangi diri anda.

Jadikan 2020 tahun Anda Sihat

#NakHidupSihat

Sumber: Dr Azima

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.