Siakap Keli

(Video) Sebak Tengok Gelagat Orangutan Cuba Pertahan ‘Rumahnya’ Dimusnahkan Pembalak

Kita kadangkala lupa bahawa bangunan pencakar langit yang dibina tersergam indah itu hasil daripada kemusnahan tempat tinggal haiwan-haiwan di hutan.

Namun dek kerana kerakusan manusia yang hanya memandang keuntungan sahaja, habita-habitat yang tinggal di hutan kini hidup merana ketiadaan tempat tinggal.

Tanpa rasa bersalah, habis semua tempat tinggal habitat tersebut digondol untuk dijadikan kediaman dan bangunan-bangunan mewah yang tersergam indah.

Pilu apabila menyaksikan seekor orangutan yang berusaha untuk mempertahankan tempat tinggal mereka daripada dimusnahkan.

Namun sifat tamak manusia menghantui diri. Tanpa rasa belas kasihan, haiwan tersebut turut dijadikan mangsa kerana menghalang aktiviti pembalakan yang dijalankan.

Jika perkara seperti ini berterusan berlaku, tidak mustahil jika lebih banyak haiwan yang diancam kepupusan ekoran habitat tempat tinggal mereka sering diceroboh oleh manusia.

Sikap tamak manusia seperti ini pastinya akan mendatangkan kemudaratan kepada semua terutama generasi akan datang.

Manusia bukan sahaja akan kehilangan hutan yang sentiasa dimusnahkan namun haiwan-haiwan juga akan pupus kerana tempat tinggal mereka sentiasa diancam oleh manusia.

Hal ini boleh menyababkan generasi akan datang tidak dapat mengenali haiwan-haiwan yang telah pupus dek kerakusan manusia sendiri.

Sumber: Protect All Wildlife

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.