Sekarang ini tengah hangat isu dimana dikatakan Amerika Syarikat bakal menyerang Iran.
Hal itu terjadi ekoran Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran telah terbunuh dalam serangan udara AS awal pagi Jumaat berhampian dengan lapangan terbang antarabangsa Baghdad.
Namun menurut pandangan Profesor Adjung dalam Hubungan Antarabangsa di Vesalius College, Brussels, Guy Burton, AS ibarat main api sekiranya mereka mengambil tindakan untuk menyerang Iran.
“Kita perlu jelas di sini, rejim ini bukanlah rejim yang disayangi tetapi kita lihat jumlah orang yang turun ke jalanan susulan pembunuhan Soleimani dan juga ketika perarakan mengusung jenazahnya.
“Situasi ini jelas menunjukkan ada unsur nasionalis.
“Serangan ke atas Iran adalah serangan terus ke atas rakyat Iran dan ini mungkin mengundang kebangkitan di peringkat nasional. Amerika akan bermain dengan api sekiranya mereka menyerang Iran secara terus,” katanya dalam sesi temu bual dalam program Consider This di Astro AWANI pada Isnin malam.
Terkini, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz awal pagi Isnin.
Ribuan orang yang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran dirakam stesen televisyen yang membuat liputan secara langsung.
Sumber : Awani