Musim kebakaran di Australia sangatlah menyedihkan sehingga menyebabkan kematian ribuan haiwan dan kemusnahan beberapa tempat habitat di Kangaroo Island.
Susulan daripada kebakaran belukar yang semakin teruk itu telah memusnahkan seluruh kawasan Kangaroo Island.
Pada hari Jumaat lalu, kebakaran tersebut memusnahkan pulau kecil tersebut meyebabkan 50 buah rumah musnah dan dua penduduk maut. Bukan itu sahaja, lebih menyedihkan lebih 20,000 koala hilang tempat perlindungan.

Pemulihan secara langsung sedang giat dilakukan walaupun cuaca panas bakal bersambung lagi dan negara tersebut dilaporkan darurat.
Lebih daripada 160,000 hektar pulau itu telah musnah dijilat api. Taman Flinders Chase yang dahulunya hijau, kini menjadi tanah tandus dan kering.
Foto-foto yang dikongsikan ini akan membuka mata dunia melihat kerosakan pulau yang dahulunya indah berbanding sekarang.

Kebakaran ini juga telah menjilat beberapa buah rumah mewah yang menjadi pusat pelancongan di sekitar pulau ini.
Ada beberapa lagi perbezaan foto dahulu dan kini.
Menurut Pegawai Kebakaran Australia, anggota mereka sudah bersiap sedia menghadapi apa jua keadaan yang bakal berlaku. Lebih 135 orang anggota yang bertungkus-lumus menjaga dan memulihkan kawasan tersebut. Bahkan, mereka akan membina semula habitat semulajadi ini.
Mereka tidak nafikan masih ada api-api yang marak di beberapa tempat dan bakal lebih teruk jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Marilah kita kirimkan doa untuk mereka yang berada di sana.
Sumber: Unilad.UK