Siakap Keli

Sangat Menyentuh Hati, Detik Cemas Haiwan-Haiwan Selamatkan Diri Dari ‘Rumah’ Yang Terbakar

Bukan setakat manusia sahaja yang menderita bahkan yang paling merasai keperitan kepanasan kebakaran hutan adalah kehidupan liar di hutan Australia. Kebanyakan haiwan selamatkan diri daripada krisis ini.

Habitat yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan untuk meneruskan kehidupan mereka kini bertukar ‘ngeri’ dengan banyak kematian di situ. Selain gambaran seekor kangaroo yang mati rentung, ada lagi beberapa foto yang bakal dikongsikan sangat menyentuh hati seluruh penduduk dunia tentang haiwan selamatkan diri mereka.

Mungkin gambar-gambar seperti ini tidak sesuai untuk tontonan umum namun inilah realiti sekarang krisis kebakaran hutan di Australia.

Berlari mencari tempat perlindungan, berpelukan antara satu sama lain sangat menyentuh perasaan. Hati kecil mana yang tidak menangis melihat foto ini.

 

Sama-sama kita doakan untuk mereka agar krisis kebakaran ini selesai dan haiwan-haiwan ini sentiasa dilindungi.

 

Sumber: Wait Video

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang