Siakap Keli
Kredit Foto: science news for students

Anak Derhaka, Gara-Gara Dilarang Tukar Nama, Remaja Ini Didakwa Sanggup Bunuh Ibunya Sendiri

Gara-gara permintaannya untuk menukar nama ditolak, seorang anak didakwa sanggup menjadi anak derhaka dengan mencekik, memukul dan menendang ibu kandungnya sehingga meninggal dunia.

Kejadian ini berlaku di Kampung Pendem, Daerah Sumberlawang, Sragen.

Wanita malang ini dijumpai mati berlumuran darah di dalam biliknya dipercayqai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri, Hendriyanto 36 tahun.

Hendriyanto didakwa telah mencekik, memukul dan menendang ibu kandungnya itu berulang-ulang kali sehingga menyebabkan metiannya.

Menurut pengakuan Hendriyanto, pada malam kejadian, dia telah memberitahu ibunya untuk menukarkan nama. Namun ibunya menghalang kerana nama tersebut tidak perlu diubah.

Stelah itu, dia tiba-tiba berang dengan bertindak meluru ke arah ibunya sambil menendang dan memukul ibunya sehingga mati.

Sadiyo, suami kepada mangsa segera meluru ke bilik setelah mendengar bunyi bising dari bilik tersebut.

Apabila dia masuk ke bilik tersebut, dia melihat isterinya tebaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan polis walaupun pelaku mengalami gangguan psikiatri dan telah menerima rawatan di RSJD sebanyak dua kali.

Sumber: Teras

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.