Foto-foto yang dikongsikan sangat luar biasa menunjukkan haiwan rentung terbakar dalam kebakaran hutan belantara yang sangat dahsyat sehinggakan ‘mencacatkan’ pemandangan Pulau Kangaroo.
Pulau Kangaroo yang berada di pinggir Australia Selatan telah dimusnahkan dengan kebakaran sehinggakan menjadi padang yang luas tiada timbunan pokok menghijau.
Sesetengah perkhidmatan telefon tidak dapat digunakan di pulau tersebut. Sebilangan tempat kediaman dan pusat pelancongan turut musnah terbakar.
Pilu, kebanyakan haiwan di pulau tersebut mati rentung berpunca daripada kebakaran tersebut.
Sumber: Dailymail