Seorang pelajar yang menaiki bas untuk ke sekolah telah terlelap hingga ke Woodlands Checkpoint.
Gurunya berterima kasih kepada pihak polis Singapura yang telah menghantar pelajar tersebut ke sekolah setelah tertidur di dalam bas.
Mereka yang sering menggunakan perkhidmatan ke Johor Bahru (JB) akan mengetahui bahawa perkhidmatan SBS 170 akan menuju ke Terminal Larkin di JB.
Walau bagaimanapun, di sepanjang perjalanan di Bukit Timah dan Woodlands, terdapat beberapa perhentian di beberapa buah sekolah.
Hal ini mungkin berlaku kerana cuti sekolah yang agak panjang menyebabkan pelajar berkenaan sukar untuk bangun pagi dan telah terlelap di dalam bas berkenaan.
Lebih melucukan lagi, pelajar berkenaan cuba untuk masuk semula ke Malaysia menggunakan pas pelajar sahaja.
Dalam keadaan terdesak dan panik, perkara pertama yang dia lakukan adalah berbaris bersama-sama orang lain untuk masuk ke dalam Malaysia.
Terdapat beberapa orang pegawai polis Singapura yang sedang bertugas telah menghulurkan bantuan untuk menghantar pelajar berkenaan ke sekolah walaupun pada mulanya dia ingin ke sekolah sendiri.
Dengan bantuan daripada pihak polis Singapura berkenaan, dia telah selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Sumber: Must share news