Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Gambar) Jodoh Tiga Hari, Pengantin Baru Antara Mangsa Tragedi Pesawat Terhempas Di Iran

Arash Pourzarabi, 26 dan Pouneh Gourji, 25 tidak menyangka tanggal 8 Januari 2020 bakal menjadi hari penerbangan terakhir mereka. Apa yang mereka fikir, mereka hanya ingin memulakan hidup baru di negara tanah tumpah darah mereka setelah melangsungkan pernikahan di Iran tiga hari sebelumnya.

Kedua-dua pengantin yang merupakan graduan di Tehran Sharif University ini antara 63 orang warga Kanada yang terkorban dalam tragedi pesawat PS752 yang terhempas sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, Iran.

Mereka menyertai penerbangan berkenaan bersama empat rakan lain serta 24 warga Iran-Kanada yang berasal dari Edmonton, Kanada, kata Reza Akbari, Presiden Persatuan Warisan Iran di Edmonton.

Tragedi ini merupakan satu berita duka yang mengejutkan seluruh komuniti. Selain mereka, Siavash Ghafouri Azar dan Sara Mamani juga merupakan pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan pernikahan di Iran.

Pasangan yang merupakan jurutera itu dilaporkan baru sahaja membeli sebuah rumah di pinggir bandar Montreal untuk memulakan hidup baru.

Antara yang terkorban

Antara mangsa tragedi yang lain adalah ahli akademik, keluarga dan kanak-kanak.

Doktor pergigian, Parisa Eghbalian (atas kanan), serta anaknya yang berusia 9 tahun, Reera Esmaeilion turut terkorban meninggal suami mangsa yang tidak menyertai penerbangan. (Kredit: Daily Mail)
Bahareh Haj Esfandiari (kanan), 41, Mehdi Sadeghi (tengah), 43, dan Anisa Sadeghi, 10, turut terkorban dalam nahas. (Kredit: Daily Mail)
Evin Arsalani, 30, suami, Hiva Molani, 38, serta anak perempuan mereka berusia 1 tahun, Kurdia (kanan, bersama Arsalani) antara yang terkorban. (Kredit: Daily Mail)
Pasangan Ardalan Ebnoddin Hamidi dan Niloufar Razzaghi, antara yang terbunuh bersama anak mereka, Kamyar Ebnoddin Hamidi ketika dalam perjalanan pulang ke Vancouver setelah bercuti. (Kredit: Daily Mail)
Dua pelajar PhD University of Guelph di Canada antara yang terkorban. Ghanimat Azhdari (gambar) merupakan pelajar geografi dan Milad Ghasemi merupakan pelajar pemasaran. Pasangan Azhdari, Hamed Alibeiki, turut maut. (Kredit: Daily Mail)
Pedram Mousavi, 47, dan isteri, Mojan Deneshmand, 43, yang kedua-duanya berkhidmat di Universiti Alberta, Kanada maut bersama dua anak perempuan mereka, Daria, 14, dan Darina 10. (Kredit: Daily Mail)
Forough Khadem, ahli imunologi yang turut berkhidmat dengan CancerCare Manitoba disahkan menjadi salah seorang korban. (Kredit: Daily Mail)
Masoumeh Ghavi, pelajar kejuruteraan di Universiti Dalhousie antara yang terkorban bersama adiknya, Mandieh Ghavi ketika dalam perjalanan pulang ke Kanada setelah bercuti menziarahi keluarga. (Kredit: Daily Mail)

Punca tragedi

Pesawat PS752 milik Ukraine itu dilaporkan terhempas sebaik sahaja berlepas dari Iran ke Kanada. Pihak berkuasa mendakwa kemalangan itu berlaku disebabkan kegagalan enjin pesawat.

Walaubagaimanapun, ada pihak meragui dakwaan tersebut berikutan usia pesawat agak baru dan ia telah diperiksa beberapa hari sebelum penerbangan itu.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.