Siakap Keli

Rasmi, Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal Ditangguh Dan Dikaji Semula – JPA

Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 dilapor telah memansuhkan sembilan elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) melibatakan lantikan baru berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Hal ini walau bagaimanapun telah mendapat kritikan pelbagai pihak yang rata-rata tidak bersetuju.

Terbaru, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan melalui akaun Twitter rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam memberitahu bahawa perlaksanaan pemansuhan itu ditangguh dan dikaji semula.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam 

Nur Farra