Sesuatu yang unik dan wajar diberi pujian atas usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah di Ireland yang telah menggantikan kerja rumah kepada ‘berkelakuan baik’.
Sebuah sekolah rendah di Clonakilty memutuskan untuk menghapuskan kerja rumah dan digantikan dengan’berkelakuan baik’ selama sebulan untuk mendidik para pelajar supaya melakukan kebaikan kepada seluruh masyarakat.

Hal ini dilakukan bertujuan untuk menyebarkan kebaikan kepada para pelajar mengenai kepentingan tolong menolong dan saling membantu antara satu sama lain terutama kepada orang-oarng terdekat seperti rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran tetangga.
Selain itu, pihak sekolah juga turut mencadangkan kepada para pelajar supaya mencatatkan segala kebaikan yang telah dilakukan dalam Diary Kindness supaya mereka lebih semangat untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Tambahan pula, kebaikan yang dilakukan yang telah dicatat akan dipilih dan dibaca pada setiap hari Jumaat dalam majlis perhimpunan sekolah.
Hal ini pastinya akan menambahkan semangat para pelajar untuk melakukan kebaikan.
Hal ini dilakukan oleh pihak sekolah untuk mendidik pelajar supaya saling tolong menolong antara satu sama lain terutama bagi golongan yang memerlukan.
Sumber: Irish Post