Siakap Keli
Kredit Foto: metro.co.uk

Koma 4 Tahun Selepas Makan Sandwic Diracun Kawan Sendiri, Pemuda Akhirnya Meninggal Dunia

Seorang lelaki 26 tahun meninggal dunia selepas makan sandwic yang telah diracuni mercuri oleh rakan sekerjanya sendiri.

Kematiannya telah disahkan oleh mahkamah di Bielefeld setelah mangsa mengalami koma selama 4 tahun akibat makan sandwic berkenaan.

Klous O berusia 57 tahun berdepan dengan hukuman mati selepas disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh.

Dia telah ditangkap oleh pihak polis selepas rakaman CCTV menunjukkan bahawa dia telah meletakkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam sandwic tersebut di tempat kerja mereka di Schloss Holte-Stukenbrock.

Polis juga turut menjumpai satu botol kecil yang dipercayai mengandungi racun yang digunakan di dalam begnya ketika tangkapan dibuat.

Selain itu, polis turut menjumpai beberapa bahan seperti kadmium, plumbum dan merkuri di rumahnya ketika serbuan dijalankan.

Penangkapan tersebut mendorong pihak polis untuk menyiasat 21 kematian awal pekerja kompeten industri ARI Armaturen sejak tahun 2000 yang lalu.

Motif terhadap kes ini masih belum dikenalpasti.

Sumber: Metro.Uk

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.