Siakap Keli
Human brain specimen being studied in neuroscience professor Ron Kalil's Medical School research lab. © UW-Madison News & Public Affairs 608/262-0067 Photo by: Jeff Miller Date: 5/00 File#: color slide

Terlalu Tertekan ‘Study’ Untuk Peperiksaan, Otak Pelajar 13 Tahun Rosak Teruk

Seorang pelajar berusia 13 tahun di Hunan mengalami kerosakan teruk pada bahagian otak kerana belajar tanpa henti pada setiap hari sehingga lewat malam bagi persediaan menghadapi peperiksaan.

Budak lelaki tersebut terpaksa dikejarkan ke hospital setelah ibu bapanya mendapati anaknya berkelakuan pelik semasa memanggilnya untuk bersarapan. Setelah didiagnosis, bahagian otak budak lelaki itu didapati menghidap penyakit yang dikenali sebagai Severe Anti -NMDA Receptor Encephalitis.

Pakar  mengatakan bahawa sistem imun manusia sering menghasilkan autoantibodi yang merosakkan sistem saraf pusat. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian kecil antibodi untuk encephalitis autoimun dihasilkan oleh tumor yang ganas atau malignan di dalam badan yang menyerang sel sihat pada otak.

Kesan daripada penyakit ini ialah penghidap akan mengalami demam, sakit kepala dan keletihan. Penghidap juga mungkin akan mengalami gangguan mental serta halusinasi.

Golongan pelajar dinasihatkan untuk berehat ketika belajar bagi mengelakkan sebarang tekanan yang melampau. Mereka juga perlu makan lebih banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

Sumber: Sinchew.com

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra