Siakap Keli

(Video) Tular Aksi Bahaya Myvi Biru, Dipercayai Budak Sekolah Nyaris Hilang Nyawa Hampir Dilanggar

Tular satu video rakaman memaparkan sebuah kereta Myvi berwarna biru yang memandu secara melulu sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Menerusi video tersebut, kereta Myvi itu dapat dilihat memandu secara merbahaya dan laju sambil memotong dengan mencelah diantara motorsikal dengan cara yang boleh merisikokan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Bukan itu sahaja, kereta Myvi tersebut juga dapat dilihat melanggar lampu isyarat dan hampir meragut nyawa dipercayai seorang murid sekolah yang sedang melintasi jalan di lampu isyarat terbabit.

Video yang berdurasi selama 16 saat itu dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Pahang.

Orang ramai yang menggunakan jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan ikut segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

Posted by Aki Amin on Thursday, 9 January 2020

Sumber: Aki Amin

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.