Siakap Keli

Bantuan Dari Udara, Ribuan Kilogram Lobak Dan Ubi Keledek Digugurkan, Bekalan Makanan Haiwan Terperangkap

Kebakaran hutan dasyat yang berlaku di Australia sememangnya telah mengorbankan banyak kehidupan. Antara yang paling banyak menjadi mangsa adalah haiwan-haiwan yang terperangkap dalam kebakaran dan terbunuh.

Akibat daripada kebakaran tersebut, kebanyakan sumber makanan telah musnah dan menjadi terbatas. Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada angka korban dalam kebakaran itu.

Pun begitu, kerajaan persekutuan New South Wales telah mengambil langkah bijak dengan mengagihkan sumber makanan kepada hidupan di dalam hutan yang sedang tenat itu. Melalui beberapa laporan media antarabangsa, beberapa pesawat Choppers digunakan untuk menjatuhkan ribuan kilogram ubi keledek dan juga lobak.

Gambar: Dailymail

Secara keseluruhannya, mereka telah menurunkan lebih daripada 2,200 kilogram sayur-sayuran segar kepada hidupan yang masih terperangkap dalam hutan tersebut. Mereka juga telah mengambil masa seminggu bagi mengumpul bekalan makanan dan merealisasikan hasrat tersebut.

Mereka juga turut menyediakan beberapa kamera bagi memantau pengambilan makanan oleh kehidupan di dalam hutan berkenaan. Menurut Menteri Alam Sekitar NSW, Mat Kean, terdapat banyak haiwan yang telah terselamat daripada kebakaran namun tidak mempunyai bekalan makanan.

The World Wildlife Fund telah menganggarkan sekitar 1.25 bilion haiwan telah terkorban sama ada secara terus langsung atau tidak langsung daripada kebakaran itu.

Sumber: Dailymail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra