Siakap Keli

Tak Boleh Hidu Ubat Gegat Dan Makan Kacang Parang, Ini Simptom ‘G6PD Deficiency’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita pasti mempunyai pelbagai cara untuk menghapuskan segala serangga di dalam rumah. Ubat gegat kebiasaannya digunakan untuk ‘menghalau’ lipas yang menjadi ‘ancaman besar’ di dalam rumah.

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa tidak semua orang boleh menghidu bau ubat gegat. Ada sesetengah orang yang menghidap penyakit Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase (enzyme) Deficiency  atau G6PD Deficiency yang memperlihatkan sel darah merah mereka  tidak mampu untuk menampung stress oxidative yang terlalu banyak.

Selain ubat gegat, ada beberapa makanan dan bahan-bahan lain yang tidak boleh dimakan dan dihidu bagi penghidap G6PD Deficiency. Ikuti ciapan yang dikongsikan oleh Fatin di Twitter mengenai G6PD Deficiency.

Fakta. Sesetengah orang mempunyai G6PD dan sel darah merah mereka akan pecah jika menghidu atau menyentuh terlalu banyak ubat gegat. Jadi jika anda ada ubat gegat di dalam rumah, tolong pastikan tetamu anda tidak mempunyai G6PD.

Kalau masak jangan letak kacang parang sembarangan.

Salah seorang sepupu mak saya meninggal dunia disebabkan penyakit ini dan ramai orang yang tidak tahu mengenai G6PD Deficiency. Jadi saya harap sekarang anda semua dah tahu.

Genetik, kebiasaannya dihidapi oleh lelaki. Pembawa adalah perempuan, jadi jika abang anda ada G6PD, ibu anda adalah pembawa dan peluang untuk anda menghidapinya juga tinggi.

Pencetus yang biasanya boleh menyebabkan sel darah merah haemolysis (pecah) termasuk ubat gegat (naphtalene), ubat nyamuk, kacang parang dan nila.

Tidak hanya Fatin, ada dalam kalangan netizen yang juga berkongsi mengenai pengalaman mereka serta ahli keluarga yang menghidap G6PD Deficiency ini. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat dan ada di antara mereka yang berterima kasih kerana akhirnya ada seseorang yang tampil menjelaskan mengenai perkara ini.

Sumber: Fatin

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra