Siakap Keli

(Video) Senyuman Termanis, Kanak-Kanak Ini Disorak Akhirnya Bebas Kanser

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menerima sambutan yang meriah daripada rakan-rakan dan gurunya apabila kembali semula ke sekolah dengan senyuman paling manis selepas berjaya ‘melawan’ kanser leukemia selama tiga tahun.

John Oliver “J.O” Zippay ‘memenangi pertempuran’ terbesar di dalam kehidupannya ketika dia menjalani kemoterapi terakhirnya dua hari selepas Krismas.

Video yang tular di laman sosial menyaksikan Zippay kembali ke St. Helen Catholic School di Newbury Wednesday dan menerima tepukan gemuruh dari rakan sekelasnya , guru dan ahli keluarga.

Ia tidak mudah bagi keluarga Zippay. Ibu bapa kanak-kanak itu, John dan Megan memberitahu bahawa anaknya pertama kali didiagnosis dengan leukemia limfoblastik akut pada bulan November 2016. J.O  menghabiskan 18 hari di hospital diikuti dengan tahun-tahun menjalani kemoterapi.

“Dia berasa lebih baik. Banyak kesan sampingan selama bertahun-tahun melibatkan kakinya dari steroid dan dia menghadapinya dengan cukup hebat.

“Dia mempunyai mediport di dadanya, jadi dia tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti fizikal selama tiga tahun. Jadi ia sukar untuknya. Dia terpaksa duduk untuk kelas gim dan sebagainya,”kata John.

Menurut guru besar di sekolahnya, Patrik Gammon, walaupun fizikalnya terbatas, J.O sentiasa melakukan yang terbaik di dalam kelas.

Sumber: KCBD

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra