Siakap Keli
Kredit Foto: hospital CMQ

Kanak-Kanak 7 Tahun Didakwa Kritikal Kerana Influenza Ada Komplikasi Lain

Seorang pelajar berusia 7 tahun yang didakwa kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di negeri Johor akibat jangkitan influenza A disahkan benar.

Menurut Aminolhuda Hassan, Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, telah dimasukkan ke wad kerana mempunyai komplikasi lain selain daripada influenza A.

Doktor pakar telah menyiasat mengenai dakwaan bahawa ada yang kritikal telah memaklumkan ianya juga melibatkan masalah lain terhadap pesakit berkenaan, bukan kerana influenza sahaja.

Kejadian ini telah tular di laman facebook mengenai keadaan mangsa yang didakwa kritikal selepas dipercayai influenza A.

Kredit Foto: facebook

Menurutnya lagi, penularan wabak penyakit influenza A di negeri tersebut masih dalam keadaan terkawal walaupun seramai 89 orang pelajar disyaki telah dijangkiti influenza menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Hal ini kerana jumlah keseluruhan pelajat dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam di negeri tersebut adalah 580 000 orang.

Sumber: Sinar Harian

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.