Siakap Keli
Kredit: Google

Letusan Gunung Berapi, Wilayah Batangan Di Filipina Isytihar Keadaan Bencana

MOSCOW, 13 Jan (Bernama) — Kerajaan wilayah Batangas di Filipina pada Isnin mengisytiharkan keadaan bencana susulan letusan Gunung Berapi Taal, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Ahad, pihak berkuasa Filipina mula memindahkan penduduk di tiga bandar di Batangas, di selatan ibu kota Manila. Pada hari sama Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) mencatatkan aktiviti membimbangkan dan mengeluarkan amaran Tahap Tiga.

Sebelum ini, pada Isnin PHIVOLCS menaikkan tahap amaran kepada empat dan mencadangkan semua penduduk di negeri berhampiran dipindahkan.

Menurut portal berita Rappler, pengisytiharan keadaan bencana itu membolehkan kerja-kerja bantuan, pemulihan dan perkhidmatan lain dijalankan bagi mengurangkan kesan bencana.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.