Siakap Keli

(Video) Reaksi Mencuit Hati, Real Madrid Cabar Pemain Teka Nama Rakan Dalam Kaligrafi Arab

Perlawanan akhir piala Supercopa de Espana yang berlangsung awal pagi tadi di antara Real Madrid dan Atletico Madrid telah menyaksikan bahawa Juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah iaitu Real Madrid berjaya memenangi piala tersebut.

Perlawanan yang berlangsung di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi itu terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 sehingga tamat waktu perlawanan. Sergio Ramos berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukannya bawa pulang piala yang berprestij tersebut.

Terdahulu, dalam satu sesi latihan Real Madrid, terdapat dua pemainnya telah diajak menyertai satu ‘challenge’ meneka nama rakan sepasukan yang dieja dalam Bahasa Arab menggunakan huruf-huruf Hijaiyah. Huruf-huruf Jawi juga berasal dari huruf Hijaiyah.

Pemain yang terlibat dalam challenge tersebut adalah Lucas Vázquez dan Álvaro Odriozola. Kedua-dua mereka berjaya meneka nama mereka menerusi jersi yang ditulis dengan tulisan Arab itu.

Agak mencuit hati melihat gelagat kedua-dua mereka yang dilihat ‘menembak’ sahaja tulisan Arab yang tertera nama mereka dan rakan sepasukan yang lain.

Video challenge berkenaan telah disiarkan di akaun Twitter rasmi milik Real Madrid. Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 300 ribu tontonan daripada netizen di media sosial.

Sumber: Real Madrid C.F

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.