Siakap Keli
Sumber: HafizAquafiz

Abang ‘Photographer’ Bagi 5 Tips Untuk Pengantin Pilih Lokasi ‘Outdoor’ Yang Sesuai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya untuk majlis perkahwinan, pasti korang akan melihat gambar-gambar romantis pasangan pengantin yang rata-rata menjadi ‘trend’ masa kini. Ketika ini pasti ramai pasangan yang berdebar-debar menantikan hari bahagia untuk disatukan sebagai suami isteri.

Dalam debaran itu, pasti akan terselit situasi cemas jika anda memilih tempat sesi fotografi yang tidak sesuai, maka hari-hari anda akan murung. Jadi, untuk pastikan insiden seperti ini tidak diulangi lagi, ikuti penjelasan bermanfaat daripada ‘abang photo’ yang dikongsikan di laman Twitternya.

Ini faktor yang ditimbang kira semasa memilih lokasi outdoor…

1. Masa

Waktu keluar outdoor amatlah penting. Jika sesi outdoor dibuat pada hari yg sama dengan hari majlis, pastinya waktu petang menjadi pilihan untuk sesi outdoor. Pukul 4.30 p.m. keatas adalah waktu terbaik kerana waktu ini pencahayaan di lokasi biasanya cukup elok, on point!

2. Jarak Perjalanan

Pastikan jarak perjalanan ke lokasi outdoor tidak terlalu jauh dengan lokasi majlis anda. Bimbang anda akan terlepas golden hour.

3. Kesesuaian lokasi

Lazimnya lokasi yang dipilih sesuai dengan busana yang dipakai. Contohnya, jika ditaman yang berlatarkan pohon-pohon hijau, busana bewarna hijau dilihat dilihat tidak berapa ‘kena’ kerana boleh membuatkan subjek kelihatan ‘tenggelam’.

4. Keselamatan lokasi

Mungkin faktor ni jarang dipertimbangkan bagi sesetengah pihak, namun ianya amat penting bagi mengelakan kejadian tidak diingini. Sebaiknya, elakan outdoor dilokasi terpencil dan sunyi. Elakan juga outdoor di lokasi berbahaya seperti cerun-cerun bukit dan sebagainya.

5. Faktor Cuaca

Jika cuaca baik dan cerah, tidak menjadi masaah utk outdoor dimana shj. Namun jika mendung, moody dan gelap, sebaiknya pilihlah kawasan ‘open space’ bagi memudahkan anda mendapatkan gambar yang anda inginkan.

Tambah jurufoto ini, jika pengantin mengenakan pakaian yang sarat dengan warna dan corak, elakkan untuk bergambar berlatar belakangkan yang ‘berat’. Jika baju berwarna hijau atau turqoise gelap pastikan ‘background’ tidak serabut. Nanti akan tenggelamkan warna pengantin itu sendiri.

 

Sumber: HafizAquafiz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)