Adakah anda penggemar filem How To Train Your Dragon? Jika ya, anda pasti mengenali watak naga yang dikenali sebagai Toothless dalam filem tersebut.
Kini terdapat seekor kucing yang dikatakan mirip seperti Toothless dalam filem berkenaan.

Malah kucing ini turut mempunyai pengikut yang ramai di instagramnya.
Keletah-keletahnya yang lucu itu mampu menambat hari para pengguna instagram sehingga mencecah 131 ribu pengikut.
Kucing hitam berasal dari China yang diberi nama Niu Nai ini mendapat perhatian ramai kerana memiliki mata yang berlainan warna.
https://www.instagram.com/p/B0aQBMGAoja/
Memiliki warna mata sebelah kuning manakala lagi sebelah bewarna biru mampu membuatkan orang ramai tertarik dengannya.
Sumber: MilkyBlvck