Siakap Keli
Gambar: Twitter/ The NY Times

“Tentera AS Kuat, Memang Boleh Hapuskan Semua Manusia, Tapi… ”- ‘A Reminder’ Dari Tun Mahathir

Krisis antara Ameria Syarikat (AS) dengan Iran membuatkan banyak pemimpin negara sekitar mengambil sikap berkecuali termasuklah Arab Saudi. Terkini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuatnaik kenyataan ‘menegur’ AS agar tidak mengapi-apikan peperangan dengan Iran sebagaimana telah dilakukan negara itu terhadap Iraq.

“AS merupakan kuasa terbesar dalam sejarah manusia. Tidak dinafikan lagi ia adalah kuasa ketenteraan paling kuat di dunia hari ini. Ia mempunyai kemampuan untuk menghapuskan semua manusia jika ia memilih untuk berbuat demikian,” tulisnya.

Tiada apa-apa yang tak boleh diperoleh dengan cara aman

“Tiada apa, tiada apa-apa yang tak boleh diperoleh dengan cara aman,” tulisnya.

Beliau turut mengingatkan tentang Perang Vietnam di mana puluhan ribu tentera AS maut dan cedera dalam peristiwa itu biarpun Vietnam tidak mempunyai kelengkapan secanggih AS.

“Apa AS dapat dengan semua pengorbanan ini?”

Tambahnya, mereka yang mengorbankan nyawa dalam peperangan agresif adalah mati secara sia-sia.

Adakah pembunuhan Saddam oleh Amerika menjadikan Iraq lebih baik?

Beliau turut mengingatkan tentang kekacauan yang timbul di Iraq sehingga kini selama 18 tahun selepas campur tangan Amerika.

“Saddam telah mati, tapi adakah Iraq lebih baik berbanding masa Saddam? Saya tak fikir autokrasi itu betul. Tapi jika demokrasi adalah jawapannnya, mengharapkannya (demokrasi) melakukan keajaiban dalam satu malam adalah bodoh.”

Apa beza bunuh Suleimani dan Khashoggi?

Sementara itu, Tun turut mempersoal tindakan AS membunuh jeneral tentera Iran, Suleimani pada dua minggu lalu.

“Ketua tentera Iran, Jeneral Suleimani dibunuh di Iraq oleh mereka yang mengecam pembunuhan Khashoggi. Apa bezanya membunuh Suleimani dan Khashoggi?” Soalnya.

Tidak terhenti di situ, beliau turut menekankan tentang tanggungjawab dunia terhadap kebakaran di Australia yang seakan tidak dipedulikan kuasa besar.

“Kebakaran di Australia bukan urusan Australia semata. Ia menjejaskan seluruh dunia. Ia malapetaka sedunia. Seluruh dunia perlu membantu Australia memadamkan kebakaran. Sayangnya, ia tidak dilakukan,” tegas beliau.

BACA: Ibarat Nak Pilih Pasangan Hidup, 7 ‘Checklist’ Ni Boleh Bantu Anda Dapatkan ‘Partner’ Yang Ideal

Sumber: Dr Mahathir Mohamad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.