Siakap Keli

Ibarat Nak Pilih Pasangan Hidup, 7 ‘Checklist’ Ni Boleh Bantu Anda Dapatkan ‘Partner’ Yang Ideal

Mencari pasangan hidup ni ibarat mencari sebuah laptop, ataupun anda juga boleh cakap mencari sebuah laptop ibarat mencari pasangan hidup. Kedua-dua situasi diatas dan perkaitannya mungkin kedengaran kelakar, tapi kami pasti anda tak mahu mengambil mudah fakta-fakta ini.

Ibarat peneman sepanjang masa, anda sudah tentu tidak mahu laptop dan pasangan hidup memberi masalah kan. Siapa yang tak mahu ‘hubungan’ yang kekal berpanjangan.

Jadi, macam mana nak cari laptop dengan ciri-ciri ‘Mr@Mrs. Right’ untuk anda? Harga yang berpatutan, berkualiti tinggi dan prestasi mengagumkan adalah sebahagian daripada ‘checklist’ yang perlu anda peka.

Untuk itu, kami memperkenalkan HUAWEI MateBook D 15, sebuah produk baru dari gergasi teknologi dunia, HUAWEI yang direka khas untuk memenuhi keperluan semua pengguna tidak kiralah apa pun pekerjaan anda sekarang.

#1 Harga yang berpatutan

Ya, dengan spesifikasi bangsawan, HUAWEI MateBook D 15 dijual pada harga yang tak masuk akal. Hanya RM 2,499 ia sememangnya satu produk yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik.

Lagipun, dengan harga sedemikian, apa yang anda dapat nanti terutamanya kepuasan boleh dikatakan berbaloi sangat-sangat.

#2 Ringan dan skrin HD Fullview

Trend laptop sekarang adalah semakin nipis dan ringan tetapi langsung tidak mengorbankan mana-mana bahagian penting seperti teknologi skrin. HD Fullview adalah jenis skrin yang selalu anda boleh dapatkan daripada telefon pintar.

Jangan terkejut, kini ia juga ditawarkan untuk HUAWEI MateBook D 15 ini. Didatangkan dengan resolusi paparan penuh IPS 1920×1080, pengalaman menggunakan laptop ini seperti menonton drama berubah secara total berbanding laptop lama anda.

Dengan nisbah screen-to-body sebanyak 87 %, anda akan dapat melihat lebih banyak paparan pada skrin tanpa perlu skroll skrin turun naik untuk melihat info-info yang tersorok dari paparan.

Amat memudahkan kerja seharian terutamanya ketika menggunakan perisian seperti Word ataupun Excel sekali gus menjimatkan masa dengan meminimakan penggunaan tetikus.

Selain rekaan dengan lekuk-lekuk yang elegan dan seksi, HUAWEI MateBook D 15 sangat ringan iaitu pada berat 1.53kg dan ketebalan 16.9 mm. Dua benda ni bermakna ia lebih senang untuk dikendalikan dan tidak memberi beban pada bahu anda sekiranya perlu diletakkan di dalam beg untuk digalas.

#3 Pengecasan yang mudah dan fungsi TUV Rheinland

Bagi kami, ini antara fungsi terbaik pada laptop ini iaitu pengecasan menggunakan kabel jenis Type C, sama seperti charger smartphone anda. Jadi, anda tidak lagi perlu mengusung charger laptop kemana-mana sebaliknya boleh berkongsi charger yang sama dari smartphone.

Ia juga menyediakan fungsi overheat protection di mana bekalan kuasa akan dipotong secara automatik sekiranya bateri sudah dicas penuh.

Laptop ini juga dipasang skrin yang sudah pun mendapat kelulusan TUV Rheinland bagi fungsi ‘low blue light’.

Berupaya menapis blue light dengan efektif, skrin ini dapat melindungi mata pengguna daripada radiasi berbahaya untuk tempoh penggunaan yang lama.

#4 Fungsi Multi-Skrin, Senang Pindah Folder Smartphone-Laptop

Fungsi terbaru ini akan membenarkan pengguna HUAWEI MateBook D 15 dan pengguna smartphone HUAWEI berkongsi satu paparan tunggal yang sama.

Ia amat memudahkan apabila anda nak memindahkan sesuatu folder seperti gambar atau dokumen dari smartphone ke laptop atau sebaliknya dengan sekelip mata melalui HUAWEI Multi-screen collaboration.

Selain itu, fungsi ini juga membolehkan anda untuk mengawal skrin smartphone dengan menggunakan laptop selain mengakses ruang storon telefon dengan lebih mudah. Dengan kata lain, ia dapat membantu menyelesaikan masalah pemindahan folder atau data antara peranti Android dengan Windows sebelum ini.

Jadi, jika anda sedang menyiapkan asignment ataupun melayan drama dan main game, anda tak perlu buang masa untuk memandang smartphone lagi disebabkan semua fungsinya sudah boleh diakses di laptop.

Nak jawab call pun jadi mudah dengan HUAWEI MateBook D 15 sebab ia boleh dibuat dengan hanya menggunakan laptop sahaja. Tak perlulah tergesa-gesa cari telefon anda apabila panggilan masuk lepas ni. Fokus je kat skrin laptop dengan kerja tu.

#5 Login lebih mudah dengan fingerprint scanner

Lupakan password yang panjang berjela setiap kali nak login, kini anda Cuma perlukan finger scanner sahaja untuk mengakses HUAWEI MateBook D 15 anda. Malah HUAWEI MateBook D 15 merupakan laptop Windows pertama di dunia yang hadir dengan fungsi canggih ini.

Canggih dan pantas. Anda cuma perlu menekan Power Button dan pada masa yang sama ia turut bekerja sebagai fingger scanner serentak. Mudah je kan?

Lagi satu, anda tak perlu lagi risau terlupa password lepas ini.

#6 Kamera yang lebih privasi dan selamat

Kalau dulu, kamera laptop terletak di bahagian bazzle atas skrin mendatangkan kerisauan kepada pengguna-pengguna apabila ada laporan yang mengatakan ia boleh dihidupkan oleh pihak ketiga untuk tujuan pengintipan.

Jadi, ada yang menampal pita pelekat pada kamera laptop sebagai jalan penyelesaian. Dengan HUAWEI MateBook D 15 itu semua bukan masalah lagi. Kamera pada laptop ini terletak pada posisi tersembunyi pada keyboard.

Seperti kamera ‘pop-up’ pada sesetengah smartphone, ia hanya terbuka apabila anda menghidupkannya sahaja.

Jadi, bolehlah anda ucapkan selamat tinggal pada cyberhack ataupun pengintipan mana-mana pihak.

#7 Prestasi laptop yang pantas dan menakjubkan

Untuk laptop yang digunakan sepanjang hari, masalah ‘hang’ adalah satu igauan ngeri. Tambah-tambah di saat genting.

Dilengkapkan dengan processor AMD, ia dibekalkan dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi terkini iaitu Raizen 3500U dan intergrated Radeon Vega 8 Graphic Cards sekali gus menjanjikan prestasi terbaik untuk gaming dan hiburan yang terbaik dalam kelasnya.

Tak cukup dengan itu, HUAWEI MateBook D 15 juga didatangkan dengan keupayaan dual-channel memory itu 256G SDD dan 1TB HDD. Keupayaan ini membolehkan HUAWEI MateBook D 15 bekerja ‘read and write’ 50 peratus lebih laju berbanding laptop dengan single channel memory.

Dengan kelebihan-kelebihan di atas, nyatalah HUAWEI MateBook D 15 adalah jawapan paling tepat untuk dijadikan sebagai ‘pasangan’ hidup, tak kisahlah sebagai teman study mahupun pendamping anda untuk anda buat kerja seharian.

Sudah jelas, tiada satu pun laptop-laptop kategori flagship yang lain dalam pasaran ketika ini dapat menawarkan semua teknologi-teknologi terkini yang ada pada HUAWEI MateBook D 15 pada harga mampu milik dan mesra pengguna begini.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan segera HUAWEI MateBook D 15 di HUAWEI Store dan nantikan majlis pelancaran rasmi pada 18 Januari ini.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.