Siakap Keli

Bawa Virus ‘Misteri’ Ke Thailand, Pelancong China Ditahan & Dikuarantin

Seorang wanita warga China telah dikuarantinkan di Thailand kerana disyaki menjadi pembawa coronavirus misteri.

Kes tersebut dipercayai menjadikan virus tersebut pertama kali ditemui luar daripada China, kata Menteri Kesihatan Thailand.

Sebelum ini, seorang lelaki yang berusia 61 tahun di China pada minggu lepas dilaporkan telah meninggal dunia akibat daripada masalah pernafasan yang dipercayai disebabkan oleh virus baharu yang datang daripada keluarga penyakit SARS yang pernah meragut ratusan nyawa pada dekad lalu.

Setakat ini, seramai 41 orang di Wuhan yang disyaki menghidapi simptom pneumonia telah didiagnos dengan virus baharu itu. 7 daripadanya dilaporkan sedang kritikal, nyata pegawai kesihatan Wuhan.

Pihak berkuasa Thai telah mengambil langkah awal dengan meningkatkan pemantauan di lapangan terbang berkenaan menjelang cuti Tahun Baru Cina pada minggu hadapan, dengan ribuan pelancong dari China dijangka bakal mengunjungi negara itu.

Daripada 12 penumpang yang dikuarantin sejak 3 Januari lepas, keputusan makmal menunjukkan bahawa seorang wanita China berusia 61 tahun telah dijangkiti dengan coronavirus.

Wanita yang telah dikuarantin sejak Rabu lalu telah diberikan rawatan dan telah dihantar pulang ke China kembali, ujar menteri tersebut.

“Mampu mengenal pasti pesakit dengan lebih awal mencerminkan kecekapan pada sistem pemantauan kami. Kami yakin bahawa kami boleh menangani situasi ini,” kata Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan pada Isnin bahawa kes pertama yang berlaku di Thailand adalah virus baharu dari keluarga yang sama dengan SARS.

Agensi kesihatan UN menyatakan bahawa seorang pelancong dari Wuhan, China telah dimasukkan ke hospital di Thailand pada 8 Januari lalu selepas didiagnos dengan pneumonia ringan.

“Ujian makmal kemudiannya mengesahkan bahawa novel coronavirus adalah puncanya,” nyata wakil WHO pada AFP.

WHO menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perjumpaan tergempar bagi membincangkan tentang tersebarnya virus ini.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: CNA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.