Siakap Keli
Sumber: FOX

Pesawat Didakwa Tumpahkan Bahan Api Di Kawasan Sekolah, 60 Orang Termasuk Kanak-Kanak Cedera

Sebuah pesawat penerbangan Delta yang dipercayai berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles membuang bahan api di sebuah taman permainan sekolah rendah sepanjang laluan penerbangannya. Pesawat itu kemudiannya melakukan pendaratan cemas.

Menurut pihak berkuasa tempatan dan persekutuan, lebih 20 orang kanak-kanak dan orang dewasa mengalami kecederaan kerana kejadian tersebut.

Menerusi sebuah video yang tular itu, pesawat Delta 89 ke Shanghai, China dikatakan membuang bahan api sebelum berpatah balik ke Los Angeles kerana mengalami masalah teknikal.

Menurut jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, mereka akan menyiasat sepenuhnya disebalik kejadian ini. Terdapat prosedur pembuangan bahan api khusu untuk pesawat yang beroperasi dari mana-mama lapangan terbang utama Amerika Syarikat.

“Jika mengikut prosuder, bahan api akan dibuang ke tempat yang tidak familiar atau tempat yang tiada kehidupan.”

Datuk bandar Cudahy, Elizabeth Alcantar berkata, beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia sekoalh rendah dan mereka masih kanak-kanak kecil.

Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan tidak dimasukkan ke hospital.

 

Sumber: FOX Los Angeles

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang