Siakap Keli
Kredit Foto: Instagram

Terima Hidayah Di Usia Muda, Artis Barat Mualaf Ini Berjaya Salin 30 Juzuk Al-Quran

Jae Deen atau nama sebenarnya Joshua Asare antara insan yang terpilih mendapat hidayah daripada Allah untuk beliau memeluk Islam pada usia yang muda.

Beliau telah mendapat hidayah daripada Allah menerusi seorang sahabatnya yang memperdengarkan surah Maryam kepadanya.

Sejak itu, beliau memilih untuk lebih mendekati Islam dengan mempelajari Al-Quran. Bukan setakat membaca Al-Quran sahaja, beliau juga mengambil inisiatif dengan menulis kembali kesemua 30 juzuk kitab suci Al-Quran tersebut.

View this post on Instagram

This picture is a celebration of one of the greatest accomplishments of my life. Reading the entire Holy Quran, in its original language, Arabic. Not only did I read it, but I wrote down the entire Book by hand and translated every word for myself, all 114 Surahs. This took me 6 months to do Alhamdulilah. In January I did not know much Arabic at all, I was struggling to even pronounce a few words. So I decided to learn the language all by myself studying grammar textbooks multiple hours a day, then began the Quran during Ramadan. There were times where I broke down mentally, cried and even contemplated quitting because it was really hard in the beginning. But with Allah’s help He allowed me to keep going. Now for the rest of my life I can finally understand Allah’s words, I can finally understand the Imam when he recites Quran in Prayer. I hope my journey can be a means of inspiration for all of you to do the same. I’m a convert to Islam with no background in Arabic, if i can learn the entire language and read the whole Quran, I know you can too. May the Quran be a companion for us all to be closer to Allah and His Messenger. Thank you all for supporting my journey ❤️ thank you @boulangerie.habib for this delicious amazing cake! #QuranCake #ConvertGoalz

A post shared by Jae Deen (@jae_deen) on

Selain itu, beliau juga berusaha memahami 114 surah yang ada di dalam Al-Quran tersebut.

Beliau juga telah berjaya menambat hati peminat dengan mengeluarkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan dalam genre rap terutama bagi pengguna YouTube.

Perkongsian daripada selebriti ini juga sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Beliau juga mengambil kesusasteraan Arab sebagai subjek utama dikolej membolehkan beliau untuk merealisasikan impiannya membaca dan menulis Al-Quran serta memahami dengan lancar apa yang disampaikan di dalam kalam Allah tersebut.

Sumber: Jae Deen, Deen Starz,

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.