Siakap Keli

(Video) ‘Dia’ Pun Nak Bersenam Juga, Alat Senaman Bergerak Sendiri Bikin Warganet Seram

Satu video tersebar  di media sosial, Facebook memaparkan permainan luar yang didakwa bergerak sendiri menjadi tular di media sosial.

Kemudian, video yang berdurasi 17 saat itu telah berjaya merakamkan pergerakan permainan tersebut yang didakwa tidak ditolak atau dinaiki oleh sesiapa.

Video yang dipercayai berlaku di salah satu negara sebelah Timur itu telah mendapat hampir sebanyak 500,000 tontonan.

Selain itu, dalam video tersebut juga dapat kedengaran semua individu yang merakam tidak putus-putus menyebut kalimah Allah.

Sumber : MSoelaiman

Nurul Alia Ali