Siakap Keli

Kritik Hingga Netizen ‘Panas’, Rakyat Malaysia Bangkit Pertahan Nasi Lemak Dari ‘Dihina’

Nasi lemak menjadi trending di media sosial Twitter sejak hari ini susulan satu hantaran di Twitter oleh seorang wanita, yang berkongsi mengenai pengalamannya merasai menu tradisi rakyat Malaysia ini.

Disifatkan sebagai ‘hidangan paling teruk’ kerana kombinasi ikan bilis, ayam dan telur bersama nasi, terdapat netizen dari serata negara yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Malah, mereka juga dilihat bersama-sama mengecam hidangan nasi lemak dengan melemparkan komen yang dikatakan telah mengguris hati rakyat Malaysia.

Baca : Menu Penerbangan Dipercayai Nasi Lemak Dicop ‘Hidangan Paling Teruk’ Gara-Gara Telur Dan Ikan Bilis

Tampil membidas, Darren Cronian, seorang lelaki yang mendapat perhatian ramai suatu ketika dahulu apabila  sanggup meredah hampir 10,000 kilometer dari United Kingdom ke Malaysia hanya demi keenakkan rasa nasi lemak.

”Saya sanggup terbang 6000 batu untuk nasi lemak”

Rakyat Malaysia yang berang dengan kenyataan tersebut turut membanjiri ruangan Twitter dengan meluahkan rasa marah mereka malah meminta Katie untuk ‘terbang’ ke Malaysia merasai sendiri nasi lemak yang dikatakannya sebagai ‘criminal combo’.

Meh datang Malaysia

Nasi lemak is the best

Tu bukan kari tapi sambal

Please jangan derhaka dengan makanan nenek moyang kami

Nampanya, makanan berjaya menyatukan padukan rakyat Malaysia. Jangan sebarangan mengeluarkan kenyataan dengan makanan kebanggan rakyat negara ini, silap langkah anda akan diserang dengan kecaman yang bertubi-tubi oleh ‘bawangrians.’

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.