Siakap Keli

Menu Penerbangan Dipercayai Nasi Lemak Dicop ‘Hidangan Paling Teruk’ Gara-Gara Telur Dan Ikan Bilis

Sebut sahaja nasi lemak, pasti ramai yang sudah terliur. Menjadi makanan tradisi Melayu Malaysia dan negara Asia seperti Singapura, Indonesia dan Brunei, keenakkan nasi lemak terutamanya sebagai menu sarapan pagi tidak dapat disangkal lagi.

Tetapi lain pula yang berlaku kepada seorang wanita yang memiliki pengalaman berbeza menikmati menu ini, di mana ianya disifatkan sebagai hidangan paling teruk yang disediakan sewaktu dia berada di dalam penerbangan.

Katie Morley dari United Kingdom dikatakan menaiki salah sebuah penerbangan selama 13 jam sebelum dihidangkan dengan sebekas makanan dipercayai nasi lemak.

Menerusi status yang dimuat naik di Twitternya, Katie menyelar hidangan tersebut yang mencampurkan nasi bersama kari ayam (sambal ayam), telur rebus dan ikan bilis goreng yang dikatakan berbau.

Hidangan paling teruk

Malah, dia turut mengatakan bahawa hidangan ikan bilis walau dimasak dengan cara apa sekalipun di atas kapal, adalah suatu idea yang teruk kerana baunya yang busuk.

Ikan bilis berbau busuk

Netizen dipercayai dari serata negara dilihat turut tampil mengecam makanan tradisi kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Nasi dimakan bersama sambal ayam, ikan bilis dan telur dikatakan sebagai campuran makanan yang tidak patut, malah menjadi hidangan yang paling teruk pernah dilihat oleh mereka.

Kari dan telur? – ”Criminal combo”

”Kari ayam dan nasi” adalah iklan yang salah

Syarikat penerbangan tidak patut menyediakan makanan budaya negara lain kepada orang ramai

Campuran ayam bersama ikan bilis serta telur adalah tidak patut

Makanan yang teruk sekali pernah dilihat

Nampaknya, mereka ini perlu dijemput untuk merasai kesedapan sebenar nasi lemak di negara kita. Lepas makan sekali, ‘comfirm’ terus teringat!

Sebagai rakyat Malaysia, apa pula pendapat anda?

Sumber: Katie Morley

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra