Siakap Keli

(Video)”Pengalaman Sangat Indah,” Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ajar YouTuber Korea Bertaranum

Pernah dinobatkan sebagai johan tilawah antarabangsa, Qariah Malaysia, Nor Farhatul Fairuzah Panut sering menjadi perhatian kerana kemerduan suaranya.

Lantunan ayat suci al-Quran yang dibacakan secara bertaranum sering memukau gegendang telinga yang mendengarnya.

Sememangnya, kemahiran gadis berusia 20 tahun itu bertaranum tidak boleh disangkal lagi. Apa tidaknya, kemerduan suaranya telah memikat hati juri sehingga dinobatkan sebagai juara tilawah al-Quran pada tahun 2019.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Farhatul Fairuzah, dirinya memuat naik satu video yang memaparkan seorang Youtuber Korea, Daud Kim yang turut mempelajari kemahiran taranum daripada Farhatul.

Setelah diperdengarkan alunan Farhatul melantunkan ayat al-Quran dengan penuh kemerduan, Daud Kim juga berusaha untuk membacakan ayat tersebut dengan teknik taranum. Walaupun bacaan Daud Kim sedikit perlahan, namun kesungguhannya telah menarik perhatian ramai.

Daud Kim juga turut menurunkan komen berterima kasih kepada Farhatul kerana mengajarnya membacakan ayat suci al-Quran secara bertaranum.

“Terima kasih kerana mengajar saya ! Anda adalah guru yang terbaik”

Menurut Daud Kim menerusi Instagram miliknya, dia berasa bertuah kerana berpengalaman belajar bertaranum daripada juara tilawah kebangsaan itu. Tambahnya lagi, dia berharap dapat membaca al-Quran dengan  baik seperti Farhatul.

Ia adalah pengalaman yang sangat indah. Saya ingin melakukan seperti ini pada suatu hari nanti. Alhamdulillah.

Sumber: Farhatul Fairuzah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra