Sudah menjadi kebiasaan setiap sekolah di seluruh Malaysia mengadakan larian merentas desa dari peringkat pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah.
Pasti ramai di antara kita yang ada tersimpan memori terindah bersama-sama rakan dan orang sekeliling ketika menyertai larian ini.
Melalui perkongsian seorang guru di laman Facebook, Fazly Hafiz Yahaya mengenai sokongan yang ditunjukkan oleh seorang pegawai polis wanita terhadap sekumpulan pelajar pra-sekolah yang terlibat dalam larian merentas desa.
Semangat yang ditunjukkan oleh polis wanita itu sangat mengharukan semua orang kerana sifat peramah dan sokongan yang diberikan.
High Five Untuk Si Kecil

Walaupun jarak merentas desa bagi murid pra-sekolah adalah yang paling dekat, namun mereka tetap memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menamatkan larian.
Tidak jauh dari garisan penamat, terlihat ramahnya seorang pegawai polis wanita memberikan sokongan moral buat setiap murid pra sekolah yang melepasinya. Senyum manis dan “tepukan” yang pastinya menjadi pendorong mereka untuk lebih bersemangat bersaing dengan rakan-rakan yang lain.

Di pihak saya sebagai guru yang merakamkan moment ini, saya ucapkan ribuan TERIMA KASIH.

Sumber: FazlyHafiz Yahaya