Siakap Keli
Gambar: 9News

Mungkin Masih Trauma, Koala Lompat Ke Tangan Sukarelawan Semula Ketika Dilepaskan Ke Hutan

Beruang koala merupakan antara haiwan yang banyak terkorban dalam kebakaran dasyat di Australia. Pun begitu, banyak juga koala yang berjaya diselamatkan dan diberikan rawatan.

Seperti yang dikongsikan oleh portal 9News, seekor beruang Koala yang dikenali sebagai Cuddles telah berjaya diselamatkan dan diawasi oleh doktor haiwan sukarelawan di Mallacoota, Victoria. Koala ini pada awalnya ditemui terkandas bersendiri di pusat bandar.

Namun, mujurlah koala itu tidak mengalami kecederaan secara fizikal akibat daripada kebakaran itu. Ketika ditemui, koala ini diberikan penjagaan rapi seperti diberikan makan serta diurutkan kepalanya.

Setelah menjalani proses pemulihan dengan sebaiknya, Cuddles perlu dibebaskan ke dalam habitatnya untuk meneruskan hidupnya. Apabila tiba masa untuk dilepaskan, nampaknya haiwan itu belum benar-benar bersedia untuk kembali ke ‘rumahnya’.

Ketika koala ini telah dilepaskan untuk kembali ke habitatnya, ia melompat kembali ke lengan sukarelawan.

Ia masih belum bersedia untuk kembali dan akan terus tinggal bersama penjaga sehingga betul-betul yakin untuk kembali.

Koala tersebut telah dibawa pulang dan doktor haiwan mengesahkan akan tetap memberi penjagaan kepadanya sehingga benar-benar bersedia untuk dilepaskan.

Sumber: 9NEWS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.