Siakap Keli
ron95 Tidak dinaikkan anwar
Gambar: PKR

Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan 

Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan 

JOHOR BAHRU — Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 untuk rakyat negara tidak akan dinaikkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir Kongres PKR Johor 2025 hari ini.

Jelasnya, Kerajaan kini sedang memikirkan kaedah penyasaran subsidi minyak.

“Ada cadangan awal naikkan harga minyak, kemudian beri bantuan.

“Saya dan jemaah menteri tidak bersetuju menaikkan harga minyak. Harga minyak boleh diturunkan sedikit demi sedikit mengikut keadaan harga semasa.

Penyasaran subsidi kepada orang asing

“Tetapi harga minyak mesti dinaikkan bagi orang asing. Kita ada 3.5 atau 4 juta orang asing di Malaysia ini. Mereka dapat subsidi minyak.

“Apa salah kita kena penyasaran subsidi kepada orang asing yang mempunyai kenderaan, mengikut unjuran nikmati RM3 hingga RM4 bilion subsidi,” katanya.

Pada Belanjawan 2025 yang dibentangkan 18 Oktober lalu, Anwar berkata kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan 2025.

Bagaimanapun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan.

Kerajaan terus menanggung subsidi berjumlah 12 bilion ringgit

Perdana Menteri menegaskan bahawa penyasaran yang dilaksanakan nanti tidak akan menjejaskan 85 peratus rakyat yang akan terus menikmati harga subsidi.

“Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggarkan berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat,” ujar beliau lagi.

https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/videos/1390124828856473

Sumber: Parti Keadilan Rakyat

BACA: Gelagat Marshal Buka ‘Buah Silat’ Ketika Beri Isyarat Penerbangan Buat Ramai Terhibur

BACA: Banyak Lori Bantuan Yang Dibenarkan Masuk Ke Gaza Dipintas Penduduk Terdesak – PBB 

BACA: Tiga Anggota Polis Thailand Terkorban Nahas Helikopter Terhempas

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.