Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
bantuan gaza pbb
Gambar: Anadolu Ajensi
Tiada Kategori

Banyak Lori Bantuan Yang Dibenarkan Masuk Ke Gaza Dipintas Penduduk Terdesak – PBB 

Iqbal Yasir

Banyak Lori Bantuan Yang Dibenarkan Masuk Ke Gaza Dipintas Penduduk Terdesak – PBB

NEW YORK, 24 Mei (Bernama) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa banyak lori bantuan yang baru-baru ini dibenarkan masuk ke Gaza dirampas muatannya oleh penduduk yang terdesak dan kelaparan, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Jurucakap Timbalan Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq berkata pihaknya menghantar sekitar 100 buah lori sarat muatan ke Kerem Shalom (Karem Abu Salem) dan berjaya membawa kira-kira 35 lori dari bahagian Palestin di sempadan itu untuk dihantar di kawasan yang memerlukan di Gaza.

“Pada Rabu, enam lori membawa tepung dipintas oleh penduduk dan muatannya dibawa keluar. Pada malam Khamis pula, 15 lori mengalami nasib yang sama.

“Setakat yang kami faham, kejadian ini bukanlah jenayah terancang, tetapi tindakan yang didorong rasa lapar dan keputusasaan,” katanya.

Beliau berkata agensi kemanusiaan PBB sedang berusaha membina semula kepercayaan dengan komuniti tempatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Namun, cara terbaik untuk mengelakkan rampasan ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan agar penduduk tidak berada dalam keadaan terlalu terdesak, katanya.

Dalam pertemuan dengan wartawan, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut menyuarakan kebimbangan, dengan menyatakan bahawa hanya sejumlah kecil bantuan berjaya menyeberangi sempadan Gaza selepas hampir 80 hari bantuan disekat oleh Israel.

Hampir 400 buah lori mendapat kelulusan untuk memasuki Gaza melalui satu-satunya laluan yang beroperasi dalam beberapa hari lalu, namun hanya kira-kira 115 daripadanya berjaya dihantar, dan tiada satu pun sampai ke kawasan utara yang dikepung, kata Guterres.

“Segala bantuan yang diluluskan setakat ini hanyalah setitis air tatkala Gaza memerlukan limpahan bantuan.

“Keperluannya sangat besar, tetapi halangannya amat membebankan. Barangan yang diagihkan dikenakan kuota ketat serta prosedur menyusahkan yang tidak perlu,” katanya.

Menurut Guterres, bekalan penting lain seperti bahan api, khemah, gas memasak dan alat penapis air turut dilarang masuk.

“Kami terus memohon langkah keselamatan dan mitigasi risiko untuk konvoi kami,” katanya.

Farhan Haq berkata, Program Makanan Sedunia (WFP) turut merayu kepada pihak berkuasa Israel agar membenarkan lebih banyak bantuan memasuki Gaza dengan lebih pantas, konsisten dan laluan yang lebih selamat.

Beliau berkata, bekalan dari luar Gaza lazimnya hanya sampai ke lintasan sempadan selepas satu atau dua hari berikutan pemeriksaan yang rumit dan memakan masa.

“Saiz muatan tidak seragam. Di dalam Gaza, pasukan kami akan menyusun satu lapisan tambahan palet bagi memaksimumkan ruang lori,” katanya, sambil memaklumkan bahawa penghantaran pada Khamis merangkumi tepung, makanan berkhasiat dan bekalan perubatan.

BACA: LIMA’25: Senarai Kapal Tentera Laut Antarabangsa Yang Ambil Bahagian

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, pasukan PBB di Gaza melaporkan bantuan yang sedikit itu sudah pun sampai kepada penduduk yang memerlukan.

Beberapa buah kedai roti berjaya beroperasi pada Khamis hasil bantuan tepung dan bahan api daripada PBB.

“Sementara itu, sebuah hospital medan di selatan Gaza turut menerima bekalan perubatan yang amat diperlukan minggu ini.”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa peningkatan serangan di Gaza mengakibatkan sistem kesihatan yang sedia lemah ke ambang kehancuran.

WHO merujuk kepada serangan pada Khamis terhadap Hospital Al Awda di Gaza Utara, yang menyebabkan khemah triage, termasuk satu disediakan WHO terbakar, sekali gus memusnahkan semua bekalan perubatan dan beberapa kenderaan di tingkat bawah tanah.

Cubaan WHO untuk memasuki hospital itu dihalang, manakala sumber dari hospital melaporkan kebakaran masih belum dipadam sepenuhnya pada pagi Jumaat.

WHO berkata empat peratus daripada hampir 700 serangan ke atas fasiliti kesihatan di Gaza sejak Oktober 2023 berlaku dalam tempoh minggu lalu sahaja.

Kini, sekurang-kurangnya 94 peratus hospital di Gaza telah rosak atau musnah, dengan separuh daripadanya tidak lagi beroperasi.

Agensi itu memaklumkan bahawa empat hospital utama, Hospital Kamal Adwan, Hospital Indonesia, Hospital Hamad untuk Rehabilitasi dan Prostetik, serta Hospital Gaza Eropah — terpaksa menghentikan perkhidmatan dalam seminggu lalu akibat serangan atau berada dalam zon pemindahan.

Sumber: Bernama