Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Ngeri
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun didakwa membunuh rakannya sendiri susulan pertengkaran kecil yang dipercayai berpunca daripada isu kentang goreng, lapor CBS News.
Suspek, Lemarques Darden ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Jarvis Davis, 19 yang juga jiran serta rakannya.
Mangsa dilaporkan ditembak di kepala dalam kejadian pada 28 Januari lalu di sebuah apartmen di blok 9500, Jeremiah Drive.
Davis disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada keesokan hari.
Menurut saksi, kejadian bermula dengan pertengkaran lisan antara kedua-dua individu terbabit.
Saksi kemudian terdengar bunyi letupan sebelum melihat mangsa rebah di atas sofa. Suspek turut dilihat melarikan diri dari apartmen berkenaan sambil memegang sepucuk pistol.
Pihak Fort Worth Police Department memaklumkan bahawa kes berkenaan merupakan insiden terpencil dan tidak melibatkan sebarang ancaman berterusan terhadap orang awam.
Dalam kenyataan kepada media, polis turut menjelaskan bahawa pertelingkahan dipercayai tercetus apabila mangsa enggan berkongsi kentang goreng miliknya dengan suspek.
Kedua-dua mereka dilaporkan tinggal di kompleks apartmen yang sama dan mempunyai hubungan persahabatan rapat sebelum insiden tragis itu berlaku.