Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
pelajar uum berjaya tamatkan phd
Kredit:UUM

Pelajar UUM Berjaya Tamatkan PhD Walau Serba Kekurangan Di Gaza

Sofea

Pelajar UUM Berjaya Tamatkan PhD Walau Serba Kekurangan Di Gaza

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang dapat diungkapkan apabila melihat perjuangan rakyat Palestin yang tetap kuat meneruskan hidup, walaupun negara tercinta mereka ranap dek diserang Israel.

Selama bertahun-tahun menanggung penderitaan, semangat untuk menuntut ilmu dalam kalangan mereka tidak pernah padam.

Seperti seorang pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohammed Fadil Hussein Elmassarey yang berjaya menyiapkan tesis walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan di Gaza.

Menurut UUM, Fadil berjaya menamatkan sesi Viva Doktor Falsafah (Keusahawanan) di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Selasa lalu secara dalam talian, sekali gus menutup satu perjalanan akademik yang dibina di atas kehilangan, kesabaran dan ketabahan luar biasa.

Sesi Viva itu dilakukannya di Gaza yang sedang bergolak, di sebuah bilik pinjaman dengan kemudahan yang terhad.

"PhD ini untuk Gaza"

Dia mengemukakan tesis dalam sesi Viva yang bertajuk Entrepreneurship Education On Entrepreneurial Success: The Role of Mentoring and Political Uncertainty in the Gaza Strip–Palestine.

Kredit: UUM

“PhD ini bukan untuk saya seorang. Ini untuk Gaza.

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan UUM kerana tidak pernah memutuskan harapan saya," katanya.

Fadil mula menuntut ilmu di UUM pada tahun 2021 selepas menerima surat tawaran dan disusuli penganugerahan Malaysian International Scholarship (MIS) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Biasiswa itu bukan sekadar bantuan kewangan. Ia adalah tanda kepercayaan bahawa ilmu saya ada nilainya," katanya.

Fadil pernah menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali selepas melalui perjalanan panjang dan mencabar melalui pintu Rafah.

Ketika di UUM, beliau telah dibimbing oleh Profesor Madya Dr. Norashidah Hashim selaku penyelia utama dan Dr. Maliani sebagai penyelia bersama.

Apabila di kembali semula ke Gaza, konflik besar tercetus pada 7 Oktober 2023.

Kredit: UUM

Lebih memilukan apabila rumah keluarganya musnah sepenuhnya dan ramai ahli keluarga serta rakannya yang terkorban.

Beliau juga terpaksa berpindah-randah lebih 10 kali bersama keluarga demi keselamatan.

Tak patah semangat

Meskipun berdepan ujian yang berat ini, dia tidak berputus asa dan meneruskan penulisan tesis menggunakan sebuah komputer riba yang diselamatkan daripada runtuhan.

Fadil juga berjalan beberapa kilometer merentasi kawasan berbahaya untuk mengecas peranti dan mencari isyarat internet. Ia semata-mata untuk berhubung dengan universiti dan penyelianya.

Menjelang 2024, tesis beliau berjaya disiapkan, namun sekali lagi diuji apabila artikel jurnal terdahulu tidak memenuhi syarat.

“Kami bertungkus-lumus membantu beliau menerbitkan artikel baharu.

“Semangatnya benar-benar mencabar kami sebagai penyelia keran beliau tidak pernah berhenti bertanya dan sentiasa melaporkan kemajuan," kata Dr. Maliani.

Tiba hari Viva, Mohammed Fadil menyampaikan ucapan ringkas dan membuatkan penyelia, pemeriksa dalaman serta pemeriksa luar tidak dapat menahan air mata.

"Kisah pemuda Palestin ini bukan sekadar kisah kejayaan seorang pelajar, tetapi potret kemanusiaan iaitu tentang bagaimana ilmu, empati dan kepercayaan mampu mengatasi peperangan dan kehancuran.

"Dan di sebalik segulung PhD itu, tersimpan satu mesej yang jelas kepada dunia bahawa harapan masih hidup, walaupun di tengah runtuhan Gaza," kata kiriman itu.