Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Diskaun ETS
Kredit: Bernama

KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan

BERNAMA

KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa 20 peratus bagi tren perkhidmatan ETS terpilih untuk perjalanan dari 15 hingga 22 Feb ini bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan tawaran itu melibatkan semua sektor perjalanan ETS dan penumpang boleh menikmati potongan harga berkenaan dengan menggunakan kod promosi ETSANGPOW20 dan ONGTRAIN20 bagi tarikh-tarikh terpilih ketika pembelian tiket.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan dan pembelian tiket menggunakan kod promosi boleh dibuat mulai hari ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Azlan Shah Al-Bakri dalam kenyataan sama berkata tawaran berkenaan mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang cekap dan mesra rakyat.

“Diskaun 20 peratus ini memberikan peluang kepada penumpang menjimatkan kos perjalanan sepanjang musim perayaan, dan pada masa sama, penggunaan tren sebagai alternatif utama dapat membantu mengurangkan kesesakan lebuh raya serta memastikan perjalanan yang lebih lancar, selesa dan selamat,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan tempoh promosi yang terhad itu.

Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios KTMB di stesen terpilih.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-9779 1200.

Sumber:BERNAMA