Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
polis terkorban helikopter terhempas
Gambar: Polis Diraja Thailand

Tiga Anggota Polis Thailand Terkorban Nahas Helikopter Terhempas

Iqbal Yasir

Tiga Anggota Polis Thailand Terkorban Nahas Helikopter Terhempas

BANGKOK — Tiga anggota Polis Diraja Thailand terkorban manakala seorang lagi cedera selepas sebuah helikopter dinaiki terhempas lalu terbakar di daerah Muang, wilayah Prachuap Khiri Khan pada petang tadi.

Menurut Bangkok Post, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 petang di Kampung Nong Kok, mukim Ao Noi.

Polis Diraja Thailand dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan dua juruterbang dan seorang mekanik disahkan maut dalam nahas tersebut.

Sementara individu yang terselamat dalam insiden itu masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa helikopter jenis Bell 212, milik Unit Penerbangan Polis Kanchanaburi, telah mengalami kerosakan semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Surat Thani selepas menyelesaikan satu operasi.

Susulan itu, pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Thailand, Jeneral Kittharat Punpetch, dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa yang terkorban.

Katanya, siasatan segera akan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas, selain memastikan bantuan segera diberikan kepada waris mangsa.

Kejadian ini merupakan insiden maut kedua melibatkan pesawat milik pasukan polis di wilayah tersebut dalam tahun ini.

Terdahulu, pada 25 April, sebuah pesawat kecil polis terhempas di laut berhampiran Lapangan Terbang Hua Hin, mengakibatkan kesemua enam pegawai di dalamnya maut.

Sumber: Bangkok Post

BACA: Gelagat Marshal Buka ‘Buah Silat’ Ketika Beri Isyarat Penerbangan Buat Ramai Terhibur

BACA: Banyak Lori Bantuan Yang Dibenarkan Masuk Ke Gaza Dipintas Penduduk Terdesak – PBB