Hujan yang sudah mulai turun di bumi Australia sememangnya memberi kelegaan terutamanya kepada penduduk setempat. Apa tidaknya, keadaan cuaca kemarau dan kebakaran hutan yang dasyat telah menyebabkan banyak haiwan terkorban dan tanaman rosak.
Hujan lebat yang turun di New South Wales nampaknya disambut dengan baik oleh seorang petani apabila melihat ladangnya sedang dibasahi oleh air hujan. Rakaman petani itu meraikan hujan turun telah menyentuh hati ramai orang setelah dikongsikan di media sosial.
Menerusi rakaman berkenaan, petani itu bersorak gembira sambil membiarkan air hujan membasahi dirinya. Dia juga menunjukkan haiwan ternakannya yang sedang ‘menikmati’ hujan serta lopak-lopak air sekitar ladangnya.
Wahai lembu, lihatlah hujan ini yang akan memberikan makanan kepada anda.

Hujan lebat di NSW telah mulai turun pada hari Khamis dan dijangka akan turun sekali lagi pada hujung minggu ini di sekitar Sydney, pantai utara NSW dan Brisbane.

Walaupun hujan yang turun telah membantu memadamkan kebakaran, namun ada juga kebimbangan mengenai bencana lain yang disebabkan oleh hujan dan ribut petir. Antaranya ialah banjir kilat dan tanah runtuh ekoran struktur tanah sudah tidak kukuh.
Sumber: Daily Mail