Siakap Keli

(Video) Sebak, Gaya Koala Seolah-Olah ‘Meratapi’ Kematian ‘Sahabat’ Undang Air Mata

Satu gambar yang diambil memaparkan seekor koala sedang meratapi kematian kawannya akibat daripada kebakaran hutan di Australia menyimpan seribu kesedihan yang sukar untuk diungkapkan.

Gambar tersebut telah diambil di Pulau Kangaru, selatan Adelaide, pada Rabu lalu, 2 minggu selepas kebakaran hutan itu memusnahkan kawasan di sekitarnya dan membunuh jutaan haiwan yang menghuni kawasan tersebut.

Dalam gambar tersebut, koala yang sendirian itu dilihat menyelubungi kepala dengan tangannya dan duduk di sebelah bangkai seekor koala seakan sedang menangis meratapi kematian seperti seorang manusia.

Koala tersebut kemudiannya telah diselamatkan oleh Humane Society’s International Rescue team (HSI) yang menghantar pasukan penyelamat dengan misi menyelamatkan seberapa banyak haiwan liar yang boleh di kepulauan itu.

Satu pertiga daripada Pulau Kangaru itu dan 80 peratus habitat koala yang terdapat di kepulauan tersebut kini dilaporkan telah musnah akibat daripada kebakaran hutan yang tercetus.

Pakar dari HSI iaitu Kelly Donithan menyatakan bahawa detik yang disaksikannya di kepulauan itu sangat-sangat menyedihkan.

“Ianya adalah suatu detik yang amat pedih untuk disaksikan bagi saya sebagai seorang penyelamat haiwan,” katanya.

“Setiap hari kami jalankan misi mencari dan menyelamat, kami pasti akan menemui haiwan yang masih hidup, cedera serta trauma, dan perkara itulah yang membuatkan kami lega kerana dapat memberi mereka bantuan awal bagi menyelamatkan nyawa mereka.

 

“Kami pernah melihat banyak kangaru dengan kesan melecur yang agak dahsyat serta koala yang kehausan meminta minuman. Disebalik segala kematian haiwan yang telah kami saksikan, apabila kami menjumpai haiwan yang masih hidup sahaja, ianya seakan-akan kejaiban buat kami,” ujar Kelly.

Tambahnya lagi, pusat perlindungan haiwan tempatan beroperasi selama 24 jam sehari bagi menyediakan keperluan haiwan-haiwan yang terselamat serta menjalankan operasi yang tidak berhenti bagi mencari haiwan yang memerlukan bantuan.

Pegawai Spesis Haiwan Terancam Australia, Sally Box pula menyatakan bahawa satu pertiga dari hutan di New South Wales yang menjadi habitat kepada koala turut musnah dijilat api.

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Evening Standard

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.