Siakap Keli
Sumber: Inforoadblock

Pengguna Dakwa Ada Tumpahan Bijih Besi, 4 Kereta Terbabas Di Jalan ‘Bypass’ Kemaman-Kuantan

Tular di media sosial hari ini berkaitan beberapa pengguna jalan dikatakan terbabas akibat tumpahan bijih timah yang bertaburan dipermukaan jalan.

Susulan daripada isu tersebut, banyak kereta rosak selepas terbabas ketika menggunakan jalan bypass Kemaman – Kuantan selepas turun flyover berhampiran Akademi Maritim Kuantan menghala MCKIP kerana terdapat tumpahan bijih besi dipermukaan jalan.

Menurut dakwaan pengguna, sudah beberapa buah kenderaan mulai terbabas dikawasan tersebut sejak awal pagi tadi.

Kepada pengguna jalan tersebut, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

 

Sumber: Inforoadblock

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)