Siakap Keli
Kredit Foto: Facebook

Jadi Tumpuan Pelancong Malaysia, Kini Papan Tanda Di Korea Turut Guna Bahasa Melayu

Korea merupakan tempat percutian idaman bagi setiap orang untuk melancong ke sana. Hal ini mungkin kerana keindahan serta keunikan yang terdapat di negara tersebut membuatkan ramai orang yang tertarik untuk berkunjung ke sana.

Mana tidaknya, suasananya yang sejuk pasti membuatkan orang ramai tertarik untuk berkunjung di samping terdapat pelbagai tarikan budaya dan makanan  yang mampu menambat hati para pelancong untuk menjejakan kaki ke sana.

Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika terdapat beberapa papan tanda di negara tersebut mempunyai tulisan yang menggunakan bahasa Melayu.

Kredit Foto: Facebook

Hal ini dikatakan untuk memudahkan masyarakat Malaysia yang datang berkunjung ke negara tersebut untuk mendapatkan maklumat.

Perkara ini juga timbul apabila jumlah pelancong Malaysia yang bertandang ke negara tersebut juga dikatakan tinggi menyebabkan wujudnya bahasa Melayu pada papan tanda di sana.

Selain itu, terdapat juga beberapa bahasa yang lain turut terdapat pada papan tanda tersebut atas alasan yang sama.

Kredit Foto: Facebook

Perkara ini mungkin dapat memudahkan perjalanan pelancong untuk melancong disana terutama bagi rakyat Malaysia yang kali pertama menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan di sana harus diberi pujian walaupun bahasanya agak kurang tepat namun penyampaiannya masih boleh difahami.

Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan perjalanan para pelancong yang berkunjung ke negara tersebut.

Sumber: Malay Dialects (Indonesian, Malaysian and Other Malay Variants)/ Zakaria Azizi

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.