Siakap Keli

”Maafkan Aku Sebab Tak Dapat Selamatkan Kau, Aku Cuba Tapi Apakan Daya,” Luahan Kawan Mangsa Lemas Pelajar PSMZA

Lima sahabat yang meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama-sama di Sungai Pulau Melaka, Kota Bahru Kelantan, baru-baru ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas.

Mangsa, seorang remaja yang berusia 19 tahun iaitu Ahmad Zawawi Mohamad dikatakan bersama empat rakan itu ke sungai pada pagi untuk berkayak ke sebuah pulau berdekatan.

Namun malangnya, dia yang berseorangan turun untuk mandi di sungai itu tenggelam dan terus lemas di hadapan kawan-kawannya.

Menerusi satu hantaran di Twitter @apihsam1, dia memuat naik beberapa posting gambar dan kapsyen yang diluahkan oleh salah seorang rakan mangsa yang berada di situ, iaitu Mohamad Nazmi Md Nadzam.

Dalam luahan pilu tersebut, Nazmi memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga arwah kerana tidak dapat menyelamatkan sahabatnya itu walau dia telah cuba menggunakan kayak dan membaling jaket keselamatan ke arah Zawawi.

Maafkan aku sebab tak dapat selamatkan kau

Selain itu, dia turut menunaikan segala janji yang telah dibuat terhadap arwah. Dia telah memandikan dan mengkafankan sahabatnya itu dan menyambutnya sehingga ke liang lahad.

Aku dah tunaikan segala yang aku janji..

Aku sayang kau dunia akhirat..

Moga arwah Ahmad Zawawi Mohamad tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Sumber : @apihsam1

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.