Siakap Keli

Pemain Bola Sepak B19 Perak Maut Kemalangan, Jadi Mangsa Langgar Lari

Seorang pemain bola sepak Perak B-19 Muhammad Izzat Shah Ibrahim, 18 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, dipercayai jadi mangsa langgar lari.

Allahyarham adalah merupakan seorang pelajar di SMK Clifford, Kuala Kangsar dan dilaporkan telah menyertai pasukan bola sepak Perak B-19 sejak bulan Disember lalu.

Jenazah Allahyarham didakwa bakal dikebumikan di Masjid Bendang Kering, Kuala Kangsar selepas solat Zohor hari ini.

Sumber: Perak TBG

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.